Sunday, November 15, 2009

Lim Guan Eng BERBOHONG seperti Anwar Ibrahim

Dr Novandri Hasan Basri

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang berbohong lagi. Yang menjadi persoalannya ialah Guan Eng telah berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri, satu tempat yang dianggap mulia dan segala yang diperkatakan di dalamnya mesti tepat dan betul.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 1 November lalu melaporkan, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku di antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran beliau telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.

Akhbar itu pada Khamis lalu juga melaporkan syarikat tersebut dengan kerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di atas tanah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Ketua Menteri atau mana-mana wakil rakyat sekali pun perlu bertanggungjawab terhadap jawapan yang diberikan di dalam DUN.(seterusnya..)

Cubalah kita fikirkan secara logik, jika Guan Eng boleh berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri, berapa banyak lagikah pembohongan dan manipulasi kuasa yang telah beliau lakukan semenjak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?


Malah terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menyalahgunakan kuasa beliau dan membazirkan wang rakyat dengan mewujudkan jawatan Penolong Pegawai
Penerangan yang akan ditempatkan di pejabat-pejabat daerah yang mempunyai tugas mirip jawatan Penghulu yang sedia ada!

Tindakan tersebut kerana kononnya penghulu-penghulu tersebut pro-Barisan Nasional. Walaubagaimana pun, tindakan Guan Eng tesebut telah ditentang keras oleh Setiausaha Kerja Pulau Pinang, Dato' Zainal dengan alasan pertindihan tanggungjawab.

Malah, Lim Guan Eng pernah disindir hebat oleh News Straits Times dek kejahilan beliau tentang kemampuan negara Singapura. Di dalam artikel tersebut, Lim Guan Eng dengan bodohnya mencadangkan agar kerajaan Malaysia menyakinkan dan menarik minat talent Malaysia di Singapura untuk 'menjatuhkan' Singapura!

Lim Guan Eng dikritik hebat oleh sebagai seorang yang bongkak dan mempunyai 'antagonist Cold war mindset'.

Kini, Lim Guan Eng telah banyak melakukan kerosakan kepada negeri Pulau Pinang. Beliau bukan sahaja tidak mampu menjadi Ketua Menteri kepada semua kaum di Pulau Pinang tetapi beliau juga mempunyai agenda buruk yang licik dan bertopengkan pembangunan rakyat negeri ini.

Akan tetapi, agenda Lim Guan Eng itu perlu didedahkan dan disebarkan kepada rakyat Pulau Pinang. Yang menjadi isunya ialah tindakan beliau selama ini seperti memenangkan satu kaum sahaja dan kaum tersebut mempunyai kuasa undi yang paling besar di negeri ini.

Tindakan menjaga kepentingan kuasa undi terbesar tersebut sangat menyakitkan hati ini dan kaum tersebut secara logiknya, tidak akan melepaskan peluang ini walau dengan apa cara sekali pun. Bak kata peribahasa 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Persepsi tersebut tidak sihat dan tidak patut ditanam di dalam minda rakyat Pulau Pinang. Negeri ini mempunyai geopolitik yang tidak stabil dan penempatan rakyat yang tidak bersifat toleransi sesama kaum.

Dan isu ini telah berpanjangan, diburukkan lagi dengan sikap dan sifat Lim Guan Eng yang sebenarnya tidak membantu langsung meringankan isu-isu besar tersebut. Malah, ketidakefesienan parti-parti lain di dalam Barisan Nasional di negeri ini turut menambah luka yang telah bernanah!

No comments:

Post a Comment