Sunday, November 15, 2009

PAS mahukan Undi MELAYU...

Oleh : PISAU.net


1.Dahulunya juak juak PAS mendabik dada,kononnya mereka mengutamakan perjuangan Islam , bukan politik suku yang menekankan politik kebangsaan. Cercaan dan tuduhan Umno sebagai parti yang rasis hanya kerana Umno perjuangkan hak melayu.

2.Umno bagai melakukan dosa besar apabila perjuangkan hak melayu,tempelak PAS,memperjuangkan hak melayu tidak relevan didalam politik masa kini, Umno rasis, umnoputra dan umno gadai hak melayu sering disebut membangkitkan persepsi jahat jahat itu adalah umno.

3.Orang orang yang akalnya tidak jumud tahu,Melayu itu Islam. Perjuangan kebangsaan adalah matlamat Umno demi menyelamatkan bangsa melayu yang jelas masih ketinggalan. Perlekehkan kepentingan melayu kononya mengangkat perjuangan suci Islam palsu PAS lebih releven.

4.PAS menghalalkan apa saja bersama selingkohan musibat musibat politik Pakatan Haprak,menghalalkan yang haram,mengharamkan yang halal ,menghalalkan cara demi matlamat.

5. Melayu makin menjauhi perjuangan PAS yang jelas makin membusuk . Fitnah,berbohong,rosak akhlak,mengadai nama allah,mengadai ayat ayat quran,menyesatkan ahli ahlinya,mengajar ahli menjadi pengganas,merosakkan harta benda,menganas apabila kemahuan mereka berlawanan dengan kehendak,kejumudan tak bertempat,ketaksuban yang menyesatkan,perwatakan yang bengis,mencaci hina orang lain tanpa mengira tua muda,pendek kata segala kekotoran penyakit hati dan sifat sifat haiwan ada didalam mereka mereka ini.Cuba anda bayangkan betapa kotornya akhlak mereka ini.

6.Cemikkan angkuh mereka ini,kononnya mendapat tempat dihati orang orang melayu ternyata jauh meleset,dari segi statistik,orang melayu sudah menjauhi PAS sejak gampangan Nizar bertanding di Bukit Gantang.Dan makin hari makin bertambah sokongan orang orang melayu terhadap UMNO dan BN yang paling ketara di Bagan Pinang.

7.PAS for All,itulah kempen mereka,tertubuhnya kelab penyokong PAS yang terdiri bukan Islam,mengubah perlembagaan parti agar ahli kelab menjadi lebih releven didalam parti,jelas benar benar mengutamakan bangsa lain daripada melayu. Apa? sudah tidak cukupkan parti parti lain untuk bukan beragama Islam? Mereka ini kononnya ingin menunjukan betapa toleran dan keterbukaan didalam Islam yang tidak dapat di lihat di tempat lain melainkan didalam PAS. PAS lebih Islam dari Islam yang sebenar kononnya,siapa tahu,satu hari nanti naib presiden,mursidol atau pun AJK pusat terdiri daripada bukan Islam.Tak mengapa,hukum hakam dan undang undang boleh diubah ubah ikut cita rasa mereka.

8.PAS membuktikan mereka sudah tidak relevan didalam perjuangkan hak orang melayu.Mereka tidak lebih dari sundalan politik hasil sumbang mahram bersama DAP dan PKR.Relevennya mereka hanya menjadi watak tempelan dan pelengkap menu selera haram gerombolan haprak.

9.PAS memperlekehkan kerjasama dengan Umno, Ya, ia hanya kerana tidak mahu dilihat perjuangkan hak melayu kononnya tidak mahu dilihat sebagai rasis,mereka lebih berselera berjuang bersama parti yang jelas mahukan sama rata dan menolak secara total negara Islam.


10.Sekian lama Pisau nyatakan ,sundalan politik seperti PAS jelas makin terserlah sifat lacuran pemuas nafsu para politic animal seperti Anwar Berahi dan Lim Kit Siang.

Adakah melayu mahu menerima pelacur politik seperti PAS? Penyesalan dan kesangsian orang melayu sudah terjawab. Mereka tidak rela agama dan maruah digadai sewenangnya. Melayu tidak mudah menelan bulat bulat janji janji syurga oleh PAS.

Kala ini, selipar nik aziz yang boleh membawa barakah menjadi bahan momokkan. Pisau doakan agar tuhan terus terusan menunjukan betapa puak jalangan politik ini tidak layak perjuangkan Islam. Makin hari makin terserlah akan kesesatan mereka ini.

Anda yang berfikiran PAS itu bagus kerana perjuangkan Islam,jelas terang terangan ditipu hidup hidup.PAS ! kamu sundalan politik! Ya kamu sundal kerana tidak berani langsung mengangkat muka pada suami haram DAP .Apa lagi yang mahu dibuktikan?Apa lagi yang mahu dinafikan? Oh,sekarang ini mahukan kembali undi orang melayu? Tidakkah munafik namanya?

PASkembali cuba cubaan mahukan undi orang melayu,ini bermakna sifat munafik dan hipokrit cukup jelas terlekat di dahi mereka.



Pisau kata "PAS dah kebulur nak undi melayu.toksah mimpi la!"

Lim Guan Eng BERBOHONG seperti Anwar Ibrahim

Dr Novandri Hasan Basri

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang berbohong lagi. Yang menjadi persoalannya ialah Guan Eng telah berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri, satu tempat yang dianggap mulia dan segala yang diperkatakan di dalamnya mesti tepat dan betul.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 1 November lalu melaporkan, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku di antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran beliau telah meluluskan permohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.

Akhbar itu pada Khamis lalu juga melaporkan syarikat tersebut dengan kerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di atas tanah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Ketua Menteri atau mana-mana wakil rakyat sekali pun perlu bertanggungjawab terhadap jawapan yang diberikan di dalam DUN.(seterusnya..)

Cubalah kita fikirkan secara logik, jika Guan Eng boleh berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri, berapa banyak lagikah pembohongan dan manipulasi kuasa yang telah beliau lakukan semenjak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?


Malah terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menyalahgunakan kuasa beliau dan membazirkan wang rakyat dengan mewujudkan jawatan Penolong Pegawai
Penerangan yang akan ditempatkan di pejabat-pejabat daerah yang mempunyai tugas mirip jawatan Penghulu yang sedia ada!

Tindakan tersebut kerana kononnya penghulu-penghulu tersebut pro-Barisan Nasional. Walaubagaimana pun, tindakan Guan Eng tesebut telah ditentang keras oleh Setiausaha Kerja Pulau Pinang, Dato' Zainal dengan alasan pertindihan tanggungjawab.

Malah, Lim Guan Eng pernah disindir hebat oleh News Straits Times dek kejahilan beliau tentang kemampuan negara Singapura. Di dalam artikel tersebut, Lim Guan Eng dengan bodohnya mencadangkan agar kerajaan Malaysia menyakinkan dan menarik minat talent Malaysia di Singapura untuk 'menjatuhkan' Singapura!

Lim Guan Eng dikritik hebat oleh sebagai seorang yang bongkak dan mempunyai 'antagonist Cold war mindset'.

Kini, Lim Guan Eng telah banyak melakukan kerosakan kepada negeri Pulau Pinang. Beliau bukan sahaja tidak mampu menjadi Ketua Menteri kepada semua kaum di Pulau Pinang tetapi beliau juga mempunyai agenda buruk yang licik dan bertopengkan pembangunan rakyat negeri ini.

Akan tetapi, agenda Lim Guan Eng itu perlu didedahkan dan disebarkan kepada rakyat Pulau Pinang. Yang menjadi isunya ialah tindakan beliau selama ini seperti memenangkan satu kaum sahaja dan kaum tersebut mempunyai kuasa undi yang paling besar di negeri ini.

Tindakan menjaga kepentingan kuasa undi terbesar tersebut sangat menyakitkan hati ini dan kaum tersebut secara logiknya, tidak akan melepaskan peluang ini walau dengan apa cara sekali pun. Bak kata peribahasa 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Persepsi tersebut tidak sihat dan tidak patut ditanam di dalam minda rakyat Pulau Pinang. Negeri ini mempunyai geopolitik yang tidak stabil dan penempatan rakyat yang tidak bersifat toleransi sesama kaum.

Dan isu ini telah berpanjangan, diburukkan lagi dengan sikap dan sifat Lim Guan Eng yang sebenarnya tidak membantu langsung meringankan isu-isu besar tersebut. Malah, ketidakefesienan parti-parti lain di dalam Barisan Nasional di negeri ini turut menambah luka yang telah bernanah!

Wednesday, October 21, 2009

Ibrahim Ali sebagai Presiden UMNO?

Bukan perkara yang mustahil jika Dato' Ibrahim Ali, ADUN Pasir Mas bertanding untuk Presiden UMNO di pemilihan tertinggi UMNO kelak.

Ianya merupakan satu perkara yang tidak terfikir sekarang tetapi penulis ingin menerangkannya hari ini supaya kita semua tidak terkejut dengan percaturan politik Ibrahim Ali di masa hadapan.

Ibrahim telah menjadi ahli UMNO lebih daripada 3 tahun dan jika beliau diterima kembali ke dalam UMNO, beliau berkemnungkinan besar akan dilantik menjadi salah satu daripada AJK UMNO Bahagian Pasir Mas tanpa banyak disoal oleh akar umbi di bahagian tersebut.

Kedua-dua kriteria tersebut secara automatik melayakkan Ibrahim Ali untuk bertanding mana-mana jawatan di dalam Majlis Tertinggi UMNO termasuk Presiden, Timbalan dan Naib Presiden.

Dan jika berdasarkan kepada imej beliau yang keras, lantang dan menonjol, beliau merupakan salah satu calon yang perlu diperhatikan.

Beliau tentu mempunyai sikap dan approach yang tersendiri di dalam arena politik ini tetapi tidak ada mustahil di dalam politik ini!

Dr Novandri Hasan Basri